Powered by Blogger.

Followers

Thursday 1 September 2011

Pejuang tanah air, suatu penilaian semula



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
 
Baru-baru ini telah diwar-warkan suatu isu yang saya kira sangat wajar untuk dipertimbangkan dan difikirkan bersama agar kita dapat melihat isu ini dengan lebih adil dan terbuka... Isu tersebut adalah berkaitan dengan perjuangan nenek moyang kita terdahulu menentang tentera jepun melalui bantuan british, apakah layak atau tidak dikatakan sebagai pejuang tanah air...

Ada sesetengah pihak mempersoalkan, kenapa masyarakat melayu pada ketika itu menentang jepun dan menjaga kubu2x british, padahal tentera jepun pada ketika itu sangat memusuhi tentera british... Juga dipersoalkan apakah tentera jepun pada ketika itu menentang masyarakat melayu sehingga masyarakat melayu terpaksa menentang jepun dan meminta bantuan british yang merampas harta negara? 


Saya ingin kita kaji dan semak kembali sejarah sebelum datangnya jepun di tanah melayu... Sebelum era pemerintahan jepun di tanah melayu, tentera british sudah bertapak lama di tanah melayu... Pada saat dan ketika itu, ramai pejuang-pejuang melayu bangkit menentang British, seperti tok janggut, dato’ maharaja lela, mat saleh dan sebagainya... Saya kira mereka yang menentang British pada saat itu layak digelar sebagai pejuang tanah air... Namun, apabila tentera jepun ingin mengambil alih tanah melayu dari tentera british, masyarakat melayu pada saat itu tiada seorang pun bangkit menentang kedatangan jepun... Malah menyambut kedatangan jepun dengan membuka pintu laluan kepada mereka bermula dari kota bharu, kelantan...


Persoalan timbul, kenapa masyarakat melayu pada saat itu tidak bangkit menentang kedatangan jepun? Masyarakat melayu pada ketika itu menganggap, kedatangan jepun akan membuatkan tentera british diusir dari tanah melayu.. Ini menunjukkan masyrakat melayu pada saat itu sememangnya sudah lama tidak menginginkan british dari tanah melayu apatah lagi menyokong mereka, maka jalan mudah dan singkat bagi mereka adalah dengan menyambut kedatangan jepun di tanah melayu..


Setelah beberapa ketika tentera jepun mengambil alih tanah melayu, barulah masyarakat melayu bangkit menentang tentera jepun dengan meminta bantuan dari tentera british... Persoalannya kenapa? Era pemerintahan jepun pada ketika itu sangat pedih dilalui oleh masyarakat melayu.. Tentera jepun merampas makanan ruji masyarakat melayu untuk diberi kepada tentera jepun, wanita-wanita dirogol, masyarakat melayu yang dikhuatirkan penyokong british dipancung sesuka hati, lelaki-lelaki melayu dipaksa untuk menjadi  buruh paksa di thailand,makanan pada ketika itu hanyalah ubi kayu, dan banyak lagi episod-episod keperitan hidup maysarakat melayu pada ketika itu...


Pada saat itu, masyarakat melayu tiada tempat untuk meminta bantuan ketenteraan, siapa lagi yang boleh membantu mereka untuk menghalau tentera jepun? Jika diharapkan masyarakat melayu sendiri, mereka tiada alatan atau perkakasan perang yang boleh digunakan, hanya sekadar parang dan cangkul... Jika ingin meminta bantuan dari negara islam,  era kekhalifahan islam pada saat itu sudah berakhir... Akhirnya, masyarakat melayu tiada pilihan melainkan meminta bantuan dari tentera british... Mereka berkerjasama dengan pihak british bukan kerana menyokong dan mendokongi mereka, malah mereka lakukan atas dasar keterpaksaan untuk mengeluarkan masyarakat melayu dari keperitan pemerintahan jepun di tanah melayu...


Oleh itu pembaca yang dirahmati Allah, atas perjuangan masyarakat melayu bekerjasama dengan pihak british, tidak bererti mereka menyokong dan mendokongi pihak british... Tetapi untuk keluar dari kekejaman tentera jepun... Namun, setelah pihak jepun berjaya diusir keluar dari tanah melayu, masyarakat melayu pada ketika itu tidak duduk diam dan membiarkan pihak british memerintah terus di tanah melayu... Masyarakat melayu pada saat itu ramai yang keluar meminta kemerdekaan dari pihak british... Mungkin tindakan mereka tidak agresif seperti di indonesia, namun mereka tahu, menentang dengan menggunakan kekerasan tidak akan membawa pulang kejayaan kepada mereka... Akhirnya masyarakat melayu pada ketika itu terpaksa menggunakan jalan selamat dan cepat untuk menuntut kemerdekaan.. Cara tersebut adalah melaui rundingan bersama pihak british..


Jika benar masyarakat melayu pada saat itu menyokong dan mendokongi pihak british, maka buat apa pula masyarakat melayu menuntut kemerdekaan? Lebih baik mereka menyerahkan negara ini kepada british yang kononnya dipuja2x... Setelah kemerdekaan , kita tidak nafikan masyarakat melayu menggunakan perlembagaan bercorakkan barat seperti yang dikeluarkan oleh lord reid pada ketika itu... Namun, kita tidak boleh salahkan mereka, kerana mereka pada ketika itu begitu jahil dan tidak tahu menahu tentang apa yang sepatutnya dilakukan melainkan terpaksa menggunakan perlembagaan bercorakkan barat...


Setelah bertahun-tahun negara ini mendapatkan kemerdekaan, seharusnya kini tiada lagi unsur-unsur kejahilan dan ketandusan ilmu yang berlaku... Situasi zaman kini berbeza dengan zaman awal kemerdekaan.. Kita boleh maafkan masyarakat melayu pada zaman awal kemerdekaan, dimana mereka terpaksa menggunakan sistem barat atas asbab ketandusan ilmu undang-undang dan kejahilan dalam agama... Namun kini, seharusnya sistem dan corak pemerintahan di negara ini perlu diatur di dalam acuan kita yang tersendiri , kerana ilmu undang-undang dan pengetahuan agama sudah berkembang luas di dalam negara...


Sepatutnya tiada lagi alasan kejahilan yang boleh diberikan pada zaman kini... Dulu, kita terpaksa menerima corak pemerintahan barat atas faktor-faktor ketandusan ilmu dan kejahilan dalam agama, namun kini, corak pemerintahan barat harus dibubarkan dan menggubal mengikut acuan kita yang tersendiri... Kepesatan dan kemodenan negara seharusnya tidak diukur atas banggunan-bangguanan tinggi yang terbina, seharusnya diukur melalui corak dan sistem pemerintahan yang mengikut peribadi dan acuan masyarakat yang memerintah... Jika kita mengatakan kita adalah negara islam, maka corak dan acuan pemerintahan kita seharusnya kini berlandaskan islam...


Oleh itu pembaca yang dirahmati Allah, kita tidak boleh meletakkan beban ke atas masyarakat terdahulu yang berhempas pulas menuntut kemerdekaan, seharusnya beban itu diletakkan ke atas generasi kita... Generasi kita berbeza dengan generasi di awal kemerdekaan... Ilmu dan agama sudah berkembang pesat dalam generasi kita berbanding generasi terdahulu... Maka, generasi yang seharusnya memperbaiki sistem yang ada adalah generasi kini... 


Maka, atas segala pertimbangan dan pendapat yang saya utarakan,  perjuangan masyarakat melayu yang bekerjasama dengan tentera british, sama ada untuk menentang jepun atau komunis adalah pejuang tanah air... Kerana mereka berjuang bukan atas dasar menyokong dan mendokongi british, tetapi untuk menjaga keamanan bangsa dari kekejaman jepun dan komunis... Mungkin kita boleh mempertikaikan ada cara yang lain boleh digunakan, namun kita tidak boleh salahkan mereka, atas alasan keandusan ilmu dan kejahilan dalam agama pada diri mereka pada ketika itu...Ilmu dan agama juga tidak berkembang pesat pada zaman tersebut di dalam negara kita... Seharusnya generasi kini sepatutnya disalahkan, kerana tiada lagi alasan ketandusan ilmu dan kejahilan agama, padahal ilmu dan agama sudah berkembang pesat berbanding generasi dahulu di dalam negara kita...


wallahualam

Read more...

Thursday 25 August 2011

Tiada istilah bangsa, melainkan islam



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Segala puji bagi Allah swt dan salam serta selawat ke atas kekasih kita rasulullah saw, keluarga nabi saw , sahabat nabi ra, tabi' tabi'in, salafus soleh dan para ulamak yang sentiasa setia berjuang di jalan Allah..

Tajuk yang ingin diulas pada kali ini, mungkin akan mengundang kontrovesi atau perasaan tidak senang pada sesuatu pihak.. Namun, saya ingin merungkaikan beberapa perkara agar kita dapat berfikir dan pertimbang dengan lebih adil terhadap isu ini. Ada sesetengah individu mengatakan, istilah bangsa itu tidak perlu dan tiada istilah bangsa melainkan islam. Sedar ataupun tidak, individu terbabit sebenarnya telah menafikan ciptaan Allah swt dan seolah2x mengatakan kewujudan bangsa adalah satu bencana dan malapetaka.

Hakikat yang sebenarnya, bangsa adalah satu ciptaan Allah swt, dan apakah malunya diri kita yang bergelar seorang muslim apabila menafikan ciptaan Allah swt... Namun, apakah kewujudan bangsa yang diciptakan Allah itu membawa kepada malapetaka ataupun keburukan?? Segala yang diciptakan Allah memiliki alasan yang tersendiri dan tidaklah sia2x atas segala apa yang diciptakan olehnya... Seperti mana yang ditulis di dalam kitab suci al-quran al-karim di dalam surah al-mukminun

“Apakah kalian mengira bahwasanya Kami menciptakan kalian dengan sia-sia dan kalian tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maha tinggi Allah Raja Yang Maha benar. Tiada sesembahan -yang benar- kecuali Dia, Rabb Yang memiliki Arsy yang mulia.” (QS. al-Mu’minun: 115-116)

Maka para pembaca yang dirahmati Allah, disini segala yang diciptakan oleh Allah tidak kira pelbagai jenis makhluk memiliki sebab yang tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah swt... Ayat ini juga memperlihatkan kepada kita, segala yang diciptakan olehNya memiliki pengakhiran dimana semua ciptaanNya akan kembali kepada Allah swt...

Namun, apakah ciptaan bangsa ini diciptakan untuk membawa keburukan dan kerosakan di atas muka bumi?atau ianya sebagai azab kepada maknusia? jawapannya tidak sama sekali.. Bahkan bangsa yang diciptakan oleh Allah membawa satu mesej yang membawa kebaikan dan keharmonian di atas muka bumi...Seperti mana yang tertulis di dalam kalam suci alquran alkarim di dalam surah al-hujrat ayat ke 13 yang bermaksud

"Hai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki laki dan seorang perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa bangsa dan bersuku suku, supaya kamu saling mengenali…." (Alhujurat:49, ayat 13)

Nah, disini jelas buat kita bahawa ciptaan bangsa itu diciptakan agar kita dapat saling kenal mengenali dalam erti kata mewujudkan keharmonian antara bangsa..

Saya ingin menyentuh tentang keterlibatan bangsa dalam memartabatkan agama di mata dunia sehingga hukum syari'at Allah dapat dimuliakan dan dilaksanakan.. Saya yakin, setiap daripada kita meyakini bahawa perpaduan antara sesuatu bangsa yang beragama islam amat perlu untuk memartabatkan islam... Jika umat islam saling bergaduh antara satu sama lain, pasti ianya akan membawa keburukan dan akhirnya melemahkan umat islam itu sendiri...

Saya ingin membawa kepada pembaca sekalian untuk kita melihat isu yang terlibat di dalam negara kita dan menganalisis bagaimana cara untuk mengembalikan maruah islam di dalam negara kita yang dicintai.. Di dalam negara kita, memiliki populasi bangsa yang pelbagai seperti china, india, melayu dan bangsa2x yang lain...Bangsa Melayu secara fakta adalah bangsa yang terbesar dan majoriti di dalam negara kita... Jika dilihatkan populasi umat islam dalam kalangan bangsa, setiap bangsa tersebut memiliki penganut yang beragama islam dan melayu adalah bangsa yang memiliki 100% penganut umat islam... Juga bangsa2x yang lain memiliki peratusan2x tertentu penganut agama islam..

Saya ingin kita kaji dan meneliti, perpecahan dan pergaduhan umat islam di dalam negara kita yang memiliki bangsa yang pelbagai... Saya mulakan dengan umat islam yang berbangsa cina,india dan melayu, pernah ataupun tidak kita mendengar pergaduhan dan pertelingkahan berlaku antara bangsa2x tersebut yang beragama islam? Secara fakta dan hakikat, tidak ada... kita pergi secara spesifik kepada bangsa2x tersebut.. Saya mulakan dengan cina muslim, pernah ataupun tidak kita mendengar pergaduhan dan perpecahan antara cina muslim? Secara fakta dan hakikat, tidak ada... Seterusnya india muslim, pernah ataupun tidak kita mendengar pergaduhan dan perpecahan antara india muslim? Secara fakta dan hakikat, tidak ada...

Akhir sekali, melayu muslim, pernah ataupun tidak kita mendengar pergaduhan dan perpecahan antara melayu muslim? Secara fakta dan hakikat, Ada.... Maka, saya ingin bertanya kepada para pembaca yang dirahmati Allah, siapakah antara mereka yang perlu kita satukan dan wujudkan perpaduan? hakikatnya, melayu muslim... kenapa tidak wujudkan perpaduan antara cina muslim, india muslim dan melayu muslim?? kerana mereka tidak berpecah dan bergaduh... Hakikatnya keharmonian telah pun wujud antara mereka... Melainkan, yang bukan beragama islam...

Melayu adalah satu bangsa beragama islam yang terbesar di dalam negara kita.. Jika berpecahnya mereka, sudah pasti akan memberi kesan negatif yang besar terhadap perkembangan dan kedaulatan islam... Oleh itu, kita bertanggungjawab untuk menyatukan semula umat islam yang berbangsa melayu supaya kekuatan umat islam di dalam negara ini dikembalikan dan akhirnya sebuah negara yang berhukumkan islam terlaksana...Namun begitu, perpaduan antara bangsa2x beragama islam yang lain tetap perlu dijaga dan diharmonikan..hakikatnya, buat masa ketika ini, belum wujud perpecahan antara bangsa2x yang beragama islam...

Persoalannya, bagaimana untuk menyatukan kembali antara bangsa melayu yang beragama islam? Jawapannya mudah, kita kembali merujuk kepada sunnah rasulullah saw... Mengikut fakta sirah baginda saw, baginda menyatukan antara suku2x kaum yang ada pada bangsa arab ketika itu melalui tarbiyyah kepada islam.. Setelah majoriti suku2x bangsa arab terkesan dan memahami tarbiyyah yang dibawa oleh nabi saw, akhirnya perpaduan antara mereka terjalin sepertimana perpaduan dan keharmonian kaum ansar dan muhajirin... Melalui perpaduan inilah, islam diangkat oleh nabi saw sehingga akhirnya islam tersebar luas di seluruh pelusuk dunia..

Maka, cara untuk kita kembalikan perpaduan itu adalah melalui tarbiyyah kepada islam secara berterusan.. Tidak perlulah kita berkata "sampai bila??", individu yang berkata demikian seolah2x tidak yakin method yang dibawa oleh nabi saw dan tidak pula bertawakal kepada Allah swt... Perkara asas yang perlu diyakini oleh kita adalah keyakinan kita terhadap sunnah yang dibawa oleh nabi saw dan tawakal yang penuh kepada Allah swt setelah usaha2x yang dilakukan... Kejayaan yang dibawa oleh rasulullah saw sudah membuktikan kepada kita, tarbiyyah secara berterusan akhirnya akan membawa kejayaan untuk memartabatkan kembali agama islam... Istilah perpaduan yang perlu digunakan sebenarnya adalah perpaduan melalui tarbiyyah kepada islam secara berterusan...

Oleh itu pembaca yang dirahmati Allah swt, saya mengharap agar kita dapat berfikir dan pertimbang dengan lebih adil terhadap isu yang telah diperbincangkan tanpa prejudis dan berat sebelah kepada mana2x pihak... Saya juga mengharapkan agar kita dapat memutuskan sesuatu dengan pertimbangan yang adil dalam diri kita... Ingatlah akan firman Allah, berlaku adil itu lebih dekat kepada taqwa...

wallahualam...

Read more...

Wednesday 13 July 2011

Kepelbagaian Satu Rahmat



Setiap pergerakan dakwah memiliki agenda dan cara tersendiri dalam melaksanakan dakwah masing-masing... Namun, setiap kewujudan pergerakan dakwah pasti akan wujud perbezaan demi perbezaan yang kadang-kadang boleh menimbulkan perdebatan mahupun kritikan..... Jika kita lihat dari sudut matlamat pergerakan dakwah, semuanya memiliki misi dan matlamat yang sama... Untuk menegakkan islam di setiap penjuru kehidupan... Walaupun begitu, kaedah dan pendekatan yang dibawa oleh setiap pergerakan dakwah untuk mecapai matlamat dan misi adalah berbeza dan tidak selari... Tidak perlu untuk kita sebutkan satu persatu kaedah dan pendekatan yang diambil oleh setiap pergerakan dakwah...

Ironinya, kaedah dan pendekatan dakwah yang berbeza inilah selalu diperdebatkan dan dipersoalkan oleh setiap ahli dalam gerakan dakwah... Ada yang membuat provokasi dalam mengkritik dan ada yang menggunakan perdebatan untuk mempertikaikan kaedah yang digunakan oleh setiap pergerakan dakwah.... Melihatkan permasalahan ini, mempertikaikan kaedah setiap pergerakan dakwah tidak akan mendatangkan manfaat bahkan merugikan... Mustahil sesuatu pergerakan dakwah itu akan berubah mengikut provokasi yang diterima oleh badan dakwah yang lain agar mengitkuti selera dan kehendak orang yang membuat provokasi... Jika kita pertikai dan berdebat mengenai kaedah, ianya tidak akan berakhir dan tidak pula akan menemui jalan penamat, bahkan mendatangkan permusuhan antara badan dakwah yang sangat merugikan...



Badan dakwah seharusnya berfungsi untuk kemanfaatan ummah, bukan untuk manfaat sesuatu persatuan dakwah.. Ada yang mengatakan kewujudan badan dakwah yang berbeza2x akan mendatangkan perpecahan ummah... Saya sendiri tidak tahu perpecahan dari sudut mana yang dinyatakan akan berlaku padahal semua gerakan dakwah bermatlamatkan islam... Melainkan wujudnya badan dakwah yang bermatlamatkan duniawi, itu yang akan menimbulkan perpecahan ummah... Kita lihat sahaja apa yang berlaku disekeliling kita, apakah punca perpecahan ummah? Sudah tentunya bermula dari politik yang membawa agenda dan matlamat yang berbeza2x... Jika semua badan politik membawa agenda dan matlamat yang sama iaitu islam, pastinya tidak akan berlaku perpecahan kerana semua badan politik akan bergabung demi merealisasikan matlamat islam... Namun, disebaliknya berlaku dalam arena politik dunia pada ketika ini...

Ada sesetengah ahli dalam sesuatu persatuan dakwah cuba membuat provokasi dengan menyatakan kewujudan badan dakwah yang berbeza akan memecahkan ummah... Mereka yang membuat provokasi inilah yang sebenarnya memecahkan ummah... Namun, tidak kurang pula sesetengah ahli yang memberikan pendapat peribadi secara berdebat dan berunsur provokasi sehingga akhirnya memberikan kesan pada nama badan dakwah yang diikuti... Kita selalu mengaitkan kaedah2x yang dibawa oleh sesetengah badan dakwah akan menimbulkan perpecahan, namun sebenarnya kitalah yang menimbulkan perpecahan jika kita cuba membuat provokasi dan perdebatan mengenai kaedah yang dibawa oleh sesetengah gerakan dakwah...


Hari ini, kita perlu melihatkan kewujudan badan dakwah sebagai kepentingan ummah, bukan untuk kepentingan persatuan dakwah yang kita bawa... Kita tidak perlu rasa gundah gelisah jika ada ahli2x baru yang lebih memilih persatuan dakwah yang berlainan dari kita... Jika kita melihatkan kewujudan badan dakwah sebagai kepentingan ummah, kita akan berasa senang hati kerana adanya penyertaan2x masyarakat dalam gerakan dakwah walaupun gerakan dakwah yang diikuti itu berbeza dari kita... Namun, jika timbulnya perasaan tidak puas hati dan kecewa kepada ahli2x baru yang lebih memilih gerakan dakwah yang berbeza dari kita, maka kita bukan lagi melihatkan fungsi badan dakwah itu untuk kepentingan ummah, tp untuk kepentingan persatuan dakwah yang diikuti..




Kita perlu melihatkan kewujudan badan dakwah yang berbeza di sudut yang positif... Kepelbagaian badan dakwah memberikan kita petunjuk, islam itu subur di dalam sesuatu kampus mahupun negara... Namun, jika kita sempitkan fikiran dan hati, sudah tentu kita akan berfikir, kepelbagaian badan dakwah sebagai satu perpecahan ummah... Namun, perbezaan pada setiap badan dakwah seharusnya kita berlapang dada dan menghormati kaedah sesuatu badan dakwah selagi ianya tidak melanggar hukum syariat islam... Jika kita teruskan pertikaian, perdebatan dan provokasi, sebenarnya kitalah yang memecah belahkan ummah atas tindakan yang kita lakukan... Seharusnya setiap gerakan dakwah perlu melepaskan ego masing2x dengan bersama2x bekerja dalam menjayakan agenda islam dan menghormati setiap kaedah yang dibawa oleh setiap gerakan dakwah yang dipelopori...

Wallahualam....

Read more...

Sunday 12 June 2011

Perjuangan Bangsa vs Perjuangan Agama



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Apa itu perjuangan bangsa??? apa itu perjuangan agama??? kedua2x jenis ini perlu dibezakan agar tidak berlakunya kekeliruan jika perjuangan agama melibatkan sesuatu bangsa sebagai salah satu strategi dalam seribu strategi dalam perjuangan... "Perpaduan", istilah ini adalah satu istilah yang seharusnya disetujui sebagai satu slogan yang boleh membawa kepada pembentukan negara islam... namun, jika dimasukkan keterlibatan bangsa ke dalam slogan tersebut, apekah ianya menunjukkan sebagai perjuangan bangsa??

Dalam menilai isu seperti ini, kita perlu beza antara "perjuangan bangsa" dan "perjuangan agama", perpaduan kepada sesuatu bangsa belum menunjukkan ianya satu "perjuangan bangsa", perlu dilihatkan dari sudut matlamat perpaduan tersebut... jika matlamat perpaduan itu untuk memperkukuhkan kedudukan bangsa, menjaga kepentingan bangsa, meninggikan martabat bangsa dan mendaulatkan bangsa... maka itu dikatakan sebagai "perjuangan bangsa"
 
Jika matlamat itu bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan agama, menjaga kepentingan agama, meninggikan martabat agama dan mendaulatkan agama, maka itu dikatakan sebagai "perjuangan agama"... perlu dibezakan antara kedua2x stratergi perpaduan... dan pembezaan tersebut mesti dilihatkan dari sudut matlamat...



for my opinion, Im not agree with "perjuangan bangsa"... bukan bererti untuk mengabaikan hak2x dan martabat bangsa, tp perkara yang perlu didahulukan adalah "perjuangan agama"...jika perjuangan berlandaskan "perjuangan agama", maka hak2x dan martabat bangsa sudah tentu akan terjaga... kenapa? kerana islam menjaga dan menjamin hak2x dan martabat sesuatu bangsa... jika kita menjaga hak2x dan martabat islam, maka hak2x dan martabat bangsa sudah tentu akan dijaga oleh Allah, kerana itu janjiNya...
seperti mana dalam sebuah hadis

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ: (( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَ مْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال
حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُ نْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا))



Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:


Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

maka, hak2x dan martabat sesuatu bangsa pasti akan dijamin Allah, jika kita berusaha untuk menjaga hak2x dan martabat agama... tidak perlu dikhuatirkan kita kehilangan hak2x dan martabat bangsa jika perjuangkan agama, tetapi, perkara yang paling besar perlu dirisaukan adalah jika memperjuangkan bangsa tetapi hak2x dan martabat agama dianak tirikan...

Namun, ianya tidak bermakna kita tidak boleh membela atau membantu sesuatu bangsa... Slogan perpaduan kepada sesuatu bangsa itu sendiri menunjukkan pembelaan dan bantuan kepada sesuatu bangsa... tidak salah jika menuntut hak bangsa, membela bangsa dan membantu bangsa... tetapi, jika ianya berlebihan sehingga matlamat perpaduan menjadi perjuangan memartabatkan bangsa, meninggikan darjat bangsa, memperkukuhkan kedudukan bangsa dan mendaulatkan bangsa, maka itu bukan lagi menjadi perjuangan agama, tetapi perjuangan bangsa... Boleh membantu dan membela bangsa, tetapi tidak boleh keterlaluan sehingga melupakan matlamat yang sebenar iaitu perjuangan kepada agama....


Maka seruan perpaduan kepada sesuatu bangsa tidak boleh dipertikaikan dari sudut perlaksanaan, jika matlamat perpaduan tersebut untuk kepentingan agama sebagai yang terutama, bukan meletakkan kepentingan bangsa sebagai terutama...

Read more...

Saturday 14 May 2011

Perpaduan di bawah nama Islam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

3 zaman berbeza sudah dilakar di dalam sejarah umat islam bermula dari zaman rasulullah saw, zaman khulafa' ar-rashidin dan zaman khilafah islam ... Kini, kita sedang menjalani fasa yang keempat setelah jatuhnya khalifah islam yang terakhir, sultan mehmed V...


                                          Sultan Mehmed V

Inilah suatu fasa yang dipenuhi dengan fitnah yang melata... Pada fasa ini, umat islam dikuasai oleh pemimpin2x yang tamak dan rakus... Dahulunya tanah umat islam bersatu di bawah pemerintahan khilafah, kini tanah2x umah islam telah berpecah2x di bawah sistem sekular, sistem yang memisahkan norma kehidupan dan agama...

                                   Empayar abbasiyyah

                   wilayah kesultanan islam melayu melaka


Umat islam telah kembali pada permulaan datangnya islam di atas muka bumi... Islam hanya terletak pada nama tidak pula pada amalannya... Islam hanya sekadar perbuatan tidak pula pada penghayatannya... Sistem politik sejak bermula pada fasa zaman rasulullah saw sehingga ke fasa zaman khilafah islam, jauh berbeza di dalam fasa zaman umat islam kini... Sistem sekular yang dibawa oleh barat sejak bermulanya zaman penjajahan, merupakan satu bencana kepada umat islam..Perkara yang paling kritikal adalah, mereka membawa satu sistem organisasi yang bercorak sekular, agama hanyalah sekadar solat, zakat dan tunaikan haji, cukup sekadar itu... Hilang fungsi agama di dalam segenap aspek kehidupan dan organisasi... Padahal islam datang membawa satu panduan dan manual kehidupan yang menyeluruh...

    Malayan Union : Titik permulaan sistem sekular dan liberal oleh British

Impak yang paling besar ekoran dari sistem sekular yang dibawa oleh mereka adalah perpecahan dalam kalangan umat islam...Sistem inilah punca berlakunya perpecahan umat islam sehingga berlakunya perang saudara sehinggakan hak umat islam tergadai... Tidak perlu kita melihat ke negara luar, lihat ke dalam negara kita sendiri... umat islam berpecah dengan membawa slogan perjuangan yang berbeza... ada yang ingin memperjuangkan bangsa dan ada yang ingin memperjuangkan agama...

                            Gambar hiasan : perang saudara


Hakikat perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat islam di negara kita, adalah slogan perjuangan yang berbeza... Perjuangan mereka yang mencapah sehingga tidak mencapai titik persetujuan... Namun, perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan... jika hari ini umat islam bergaduh dan berpecah disebabkan oleh perjuangan yang berbeza, maka hari ini kita perlu satukan umat islam di bawah satu perjuangan yang sama...

Perjuangan yang bagaimana yang akan berlakunya satu titik persetujuan antara umat islam yang berpecah? "Perpaduan di bawah nama islam" .... inilah slogan yang seharusnya dipersetujui oleh umat islam.. saya mengambil contoh satu slogan perpaduan, "melayu sepakat, islam berdaulat", saya kira ini adalah satu slogan yang menyeru kepada perpaduan.. kenapa perlu satukan melayu? untuk mendaulatkan islam!!.... kenapa melayu? sebab melayulah yang berpecah di dalam negara ini... kenapa x letak nama bangsa islam yang lain? sebab bangsa islam selain melayu di negara ini tidak pula berpecah dan bergaduh....
                              Perjuangan di bawah panji islam

Slogan ini selalu di salah erti oleh setiap masyarakat islam.. bila kita sebut melayu, terus kita berfikir perjuangan bangsa, bukan perjuangan islam... Hakikatnya, slogan ini adalah slogan yang menyeru kepada perpaduan demi mendaulatkan islam... Bukan satu slogan yang mendaulatkan bangsa...

Bukanlah slogan ini mengatakan, hanya satu bangsa sahaja yang layak dan berhak mendaulatkan islam di negara ini... tidak, bahkan semua bangsa islam di negara ini perlu dan wajib menggembling tenaga untuk mendaulatkan islam sehingga tertubuhnya daulah islam di negara ini... Cuma ia adalah satu slogan untuk kembalikan perpaduan dalam kalangan umat islam.. dan permulaan kepada perpaduan harus dimulakan kepada bangsa yang telah berpecah.. maka slogan ini bukan slogan perjuangan bangsa, bahkan ianya adalah slogan perjuangan islam... kerana perpaduan yang diperjuangkan itu semata2x untuk kembalikan daulah islam bukan untuk kembalikan daulah bangsa

                               Perpaduan di bawah nama islam

Perjuangan bangsa tidak membawa apa2x jaminan kepada tertegaknya islam di dalam negara ini... tetapi, perjuangan yang berdasarkan islam semata2x, memberikan jaminan yang sebenar... jangan khuatir akan kehilangan hak bangsa di dalam negara ini apabila perjuangkan islam, hak sesuatu bangsa pasti akan terjamin kerana islam adalah agama yang adil dan menjaga hak setiap bangsa... Jika kita menjaga agama Allah, Dia pasti akan menjaga kita.. begitu juga jika kita menjaga agama Allah, Dia pasti akan menjaga bangsa kita...


Dari Abil Abbas Abdullah bin Abbas dia berkata :

“Dahulu aku pernah berada di belakang Rasulullah, lalu beliau bersabda :

“Wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kata, jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, seandainya suatu umat berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka mereka tidak bisa memberi manfaat tersebut kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu dan apabila mereka berkumpul untuk memadharatkanmu maka mereka tidak bisa memadharatkanmu kecuali dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh Allah atasmu, telah di angkat pena dan telah kering tinta”
(HR. Tirmidzi, dan dia berkata hadits hasan shohih)


Jika kita perjuangkan islam, pasti hak sesuatu bangsa akan terjamin, kerana agama ini adalah agama yang datang dari rahmat Allah...Sudah tentu Allah akan memelihara hak sesuatu bangsa yang memperjuangakan islam...jika kita perjuangakan bangsa, mungkin kita dapat menjamin hak sesuatu bangsa, tetapi hak islam tidak terjamin dapat dipenuhi... Kita lihat sahaja di dunia ini, golongan2x yang perjuangkan bangsa, tetapi akhirnya islam tidak pula tertegak di negara sendiri, bahkan islam tergadai dan terpinggir begitu sahaja... tetapi, kita lihat perjuangan Rasulullah saw yang memperjuangkkan islam, hasilnya islam tertegak di atas muka bumi...

Dalam perjuangan dakwah, tiada istilah lambat atau cepat, nilai istiqomah dan tetap dalam meneruskan  perjuangan islam itu yang perlu diambil kira... Aspek yang paling penting dalam pergerakan dakwah adalah stratergi... Stratergi inilah yang akan membawa kepada keberkesanan sesuatu dakwah bukan lambat atau cepat pergerakan sesuatu dakwah... keberkesanan inilah yang akan memberikan kejayaan sesuatu dakwah...

Hari ini, kita sudah mengetahui perpecahan umat islam di negara ini seolah2x tidak bertemu di garisan penamat... solusinya, adalah dengan merencanakan perpaduan di dalam kalangan umat islam.. namun bagaimana? perpaduan itu harus dan perlu di dasari dibawah nama islam.. dan untuk melaksanakannya, tarbiyyah dan pencerahan perlu dilakukan oleh setiap jemaah islam untuk menyedarkan kembali umat islam agar mereka bersatu... Kita perjuangkan perpaduan umat islam untuk menegakkan kembali daulah islam di negara ini.. jika umat islam bersatu, maka barisan umat islam akan menjadi kukuh dan akhirnya barisan inilah yang akan mendaulatkan islam melalui perpaduan...

                           Perjuangan di barisan yang teratur

Jika bukan kita yang melakukannya, maka siapakah lagi? kitalah yang perlu menggembling tenaga untuk kembali mensyumulkan islam di negara ini...tidak kah kita merindui zaman khilafah yang sudah runtuh di tangan munafikun?... Maka apakah kita tidak mahu kembalikan zaman khilafah di atas muka bumi?

wallahualam..

Read more...

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP