Powered by Blogger.

Followers

Wednesday, 13 July 2011

Kepelbagaian Satu Rahmat



Setiap pergerakan dakwah memiliki agenda dan cara tersendiri dalam melaksanakan dakwah masing-masing... Namun, setiap kewujudan pergerakan dakwah pasti akan wujud perbezaan demi perbezaan yang kadang-kadang boleh menimbulkan perdebatan mahupun kritikan..... Jika kita lihat dari sudut matlamat pergerakan dakwah, semuanya memiliki misi dan matlamat yang sama... Untuk menegakkan islam di setiap penjuru kehidupan... Walaupun begitu, kaedah dan pendekatan yang dibawa oleh setiap pergerakan dakwah untuk mecapai matlamat dan misi adalah berbeza dan tidak selari... Tidak perlu untuk kita sebutkan satu persatu kaedah dan pendekatan yang diambil oleh setiap pergerakan dakwah...

Ironinya, kaedah dan pendekatan dakwah yang berbeza inilah selalu diperdebatkan dan dipersoalkan oleh setiap ahli dalam gerakan dakwah... Ada yang membuat provokasi dalam mengkritik dan ada yang menggunakan perdebatan untuk mempertikaikan kaedah yang digunakan oleh setiap pergerakan dakwah.... Melihatkan permasalahan ini, mempertikaikan kaedah setiap pergerakan dakwah tidak akan mendatangkan manfaat bahkan merugikan... Mustahil sesuatu pergerakan dakwah itu akan berubah mengikut provokasi yang diterima oleh badan dakwah yang lain agar mengitkuti selera dan kehendak orang yang membuat provokasi... Jika kita pertikai dan berdebat mengenai kaedah, ianya tidak akan berakhir dan tidak pula akan menemui jalan penamat, bahkan mendatangkan permusuhan antara badan dakwah yang sangat merugikan...



Badan dakwah seharusnya berfungsi untuk kemanfaatan ummah, bukan untuk manfaat sesuatu persatuan dakwah.. Ada yang mengatakan kewujudan badan dakwah yang berbeza2x akan mendatangkan perpecahan ummah... Saya sendiri tidak tahu perpecahan dari sudut mana yang dinyatakan akan berlaku padahal semua gerakan dakwah bermatlamatkan islam... Melainkan wujudnya badan dakwah yang bermatlamatkan duniawi, itu yang akan menimbulkan perpecahan ummah... Kita lihat sahaja apa yang berlaku disekeliling kita, apakah punca perpecahan ummah? Sudah tentunya bermula dari politik yang membawa agenda dan matlamat yang berbeza2x... Jika semua badan politik membawa agenda dan matlamat yang sama iaitu islam, pastinya tidak akan berlaku perpecahan kerana semua badan politik akan bergabung demi merealisasikan matlamat islam... Namun, disebaliknya berlaku dalam arena politik dunia pada ketika ini...

Ada sesetengah ahli dalam sesuatu persatuan dakwah cuba membuat provokasi dengan menyatakan kewujudan badan dakwah yang berbeza akan memecahkan ummah... Mereka yang membuat provokasi inilah yang sebenarnya memecahkan ummah... Namun, tidak kurang pula sesetengah ahli yang memberikan pendapat peribadi secara berdebat dan berunsur provokasi sehingga akhirnya memberikan kesan pada nama badan dakwah yang diikuti... Kita selalu mengaitkan kaedah2x yang dibawa oleh sesetengah badan dakwah akan menimbulkan perpecahan, namun sebenarnya kitalah yang menimbulkan perpecahan jika kita cuba membuat provokasi dan perdebatan mengenai kaedah yang dibawa oleh sesetengah gerakan dakwah...


Hari ini, kita perlu melihatkan kewujudan badan dakwah sebagai kepentingan ummah, bukan untuk kepentingan persatuan dakwah yang kita bawa... Kita tidak perlu rasa gundah gelisah jika ada ahli2x baru yang lebih memilih persatuan dakwah yang berlainan dari kita... Jika kita melihatkan kewujudan badan dakwah sebagai kepentingan ummah, kita akan berasa senang hati kerana adanya penyertaan2x masyarakat dalam gerakan dakwah walaupun gerakan dakwah yang diikuti itu berbeza dari kita... Namun, jika timbulnya perasaan tidak puas hati dan kecewa kepada ahli2x baru yang lebih memilih gerakan dakwah yang berbeza dari kita, maka kita bukan lagi melihatkan fungsi badan dakwah itu untuk kepentingan ummah, tp untuk kepentingan persatuan dakwah yang diikuti..




Kita perlu melihatkan kewujudan badan dakwah yang berbeza di sudut yang positif... Kepelbagaian badan dakwah memberikan kita petunjuk, islam itu subur di dalam sesuatu kampus mahupun negara... Namun, jika kita sempitkan fikiran dan hati, sudah tentu kita akan berfikir, kepelbagaian badan dakwah sebagai satu perpecahan ummah... Namun, perbezaan pada setiap badan dakwah seharusnya kita berlapang dada dan menghormati kaedah sesuatu badan dakwah selagi ianya tidak melanggar hukum syariat islam... Jika kita teruskan pertikaian, perdebatan dan provokasi, sebenarnya kitalah yang memecah belahkan ummah atas tindakan yang kita lakukan... Seharusnya setiap gerakan dakwah perlu melepaskan ego masing2x dengan bersama2x bekerja dalam menjayakan agenda islam dan menghormati setiap kaedah yang dibawa oleh setiap gerakan dakwah yang dipelopori...

Wallahualam....

0 comments:

Post a Comment

Halwa Telinga

About This Blog

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP