Powered by Blogger.

Followers

Thursday, 1 September 2011

Pejuang tanah air, suatu penilaian semula



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
 
Baru-baru ini telah diwar-warkan suatu isu yang saya kira sangat wajar untuk dipertimbangkan dan difikirkan bersama agar kita dapat melihat isu ini dengan lebih adil dan terbuka... Isu tersebut adalah berkaitan dengan perjuangan nenek moyang kita terdahulu menentang tentera jepun melalui bantuan british, apakah layak atau tidak dikatakan sebagai pejuang tanah air...

Ada sesetengah pihak mempersoalkan, kenapa masyarakat melayu pada ketika itu menentang jepun dan menjaga kubu2x british, padahal tentera jepun pada ketika itu sangat memusuhi tentera british... Juga dipersoalkan apakah tentera jepun pada ketika itu menentang masyarakat melayu sehingga masyarakat melayu terpaksa menentang jepun dan meminta bantuan british yang merampas harta negara? 


Saya ingin kita kaji dan semak kembali sejarah sebelum datangnya jepun di tanah melayu... Sebelum era pemerintahan jepun di tanah melayu, tentera british sudah bertapak lama di tanah melayu... Pada saat dan ketika itu, ramai pejuang-pejuang melayu bangkit menentang British, seperti tok janggut, dato’ maharaja lela, mat saleh dan sebagainya... Saya kira mereka yang menentang British pada saat itu layak digelar sebagai pejuang tanah air... Namun, apabila tentera jepun ingin mengambil alih tanah melayu dari tentera british, masyarakat melayu pada saat itu tiada seorang pun bangkit menentang kedatangan jepun... Malah menyambut kedatangan jepun dengan membuka pintu laluan kepada mereka bermula dari kota bharu, kelantan...


Persoalan timbul, kenapa masyarakat melayu pada saat itu tidak bangkit menentang kedatangan jepun? Masyarakat melayu pada ketika itu menganggap, kedatangan jepun akan membuatkan tentera british diusir dari tanah melayu.. Ini menunjukkan masyrakat melayu pada saat itu sememangnya sudah lama tidak menginginkan british dari tanah melayu apatah lagi menyokong mereka, maka jalan mudah dan singkat bagi mereka adalah dengan menyambut kedatangan jepun di tanah melayu..


Setelah beberapa ketika tentera jepun mengambil alih tanah melayu, barulah masyarakat melayu bangkit menentang tentera jepun dengan meminta bantuan dari tentera british... Persoalannya kenapa? Era pemerintahan jepun pada ketika itu sangat pedih dilalui oleh masyarakat melayu.. Tentera jepun merampas makanan ruji masyarakat melayu untuk diberi kepada tentera jepun, wanita-wanita dirogol, masyarakat melayu yang dikhuatirkan penyokong british dipancung sesuka hati, lelaki-lelaki melayu dipaksa untuk menjadi  buruh paksa di thailand,makanan pada ketika itu hanyalah ubi kayu, dan banyak lagi episod-episod keperitan hidup maysarakat melayu pada ketika itu...


Pada saat itu, masyarakat melayu tiada tempat untuk meminta bantuan ketenteraan, siapa lagi yang boleh membantu mereka untuk menghalau tentera jepun? Jika diharapkan masyarakat melayu sendiri, mereka tiada alatan atau perkakasan perang yang boleh digunakan, hanya sekadar parang dan cangkul... Jika ingin meminta bantuan dari negara islam,  era kekhalifahan islam pada saat itu sudah berakhir... Akhirnya, masyarakat melayu tiada pilihan melainkan meminta bantuan dari tentera british... Mereka berkerjasama dengan pihak british bukan kerana menyokong dan mendokongi mereka, malah mereka lakukan atas dasar keterpaksaan untuk mengeluarkan masyarakat melayu dari keperitan pemerintahan jepun di tanah melayu...


Oleh itu pembaca yang dirahmati Allah, atas perjuangan masyarakat melayu bekerjasama dengan pihak british, tidak bererti mereka menyokong dan mendokongi pihak british... Tetapi untuk keluar dari kekejaman tentera jepun... Namun, setelah pihak jepun berjaya diusir keluar dari tanah melayu, masyarakat melayu pada ketika itu tidak duduk diam dan membiarkan pihak british memerintah terus di tanah melayu... Masyarakat melayu pada saat itu ramai yang keluar meminta kemerdekaan dari pihak british... Mungkin tindakan mereka tidak agresif seperti di indonesia, namun mereka tahu, menentang dengan menggunakan kekerasan tidak akan membawa pulang kejayaan kepada mereka... Akhirnya masyarakat melayu pada ketika itu terpaksa menggunakan jalan selamat dan cepat untuk menuntut kemerdekaan.. Cara tersebut adalah melaui rundingan bersama pihak british..


Jika benar masyarakat melayu pada saat itu menyokong dan mendokongi pihak british, maka buat apa pula masyarakat melayu menuntut kemerdekaan? Lebih baik mereka menyerahkan negara ini kepada british yang kononnya dipuja2x... Setelah kemerdekaan , kita tidak nafikan masyarakat melayu menggunakan perlembagaan bercorakkan barat seperti yang dikeluarkan oleh lord reid pada ketika itu... Namun, kita tidak boleh salahkan mereka, kerana mereka pada ketika itu begitu jahil dan tidak tahu menahu tentang apa yang sepatutnya dilakukan melainkan terpaksa menggunakan perlembagaan bercorakkan barat...


Setelah bertahun-tahun negara ini mendapatkan kemerdekaan, seharusnya kini tiada lagi unsur-unsur kejahilan dan ketandusan ilmu yang berlaku... Situasi zaman kini berbeza dengan zaman awal kemerdekaan.. Kita boleh maafkan masyarakat melayu pada zaman awal kemerdekaan, dimana mereka terpaksa menggunakan sistem barat atas asbab ketandusan ilmu undang-undang dan kejahilan dalam agama... Namun kini, seharusnya sistem dan corak pemerintahan di negara ini perlu diatur di dalam acuan kita yang tersendiri , kerana ilmu undang-undang dan pengetahuan agama sudah berkembang luas di dalam negara...


Sepatutnya tiada lagi alasan kejahilan yang boleh diberikan pada zaman kini... Dulu, kita terpaksa menerima corak pemerintahan barat atas faktor-faktor ketandusan ilmu dan kejahilan dalam agama, namun kini, corak pemerintahan barat harus dibubarkan dan menggubal mengikut acuan kita yang tersendiri... Kepesatan dan kemodenan negara seharusnya tidak diukur atas banggunan-bangguanan tinggi yang terbina, seharusnya diukur melalui corak dan sistem pemerintahan yang mengikut peribadi dan acuan masyarakat yang memerintah... Jika kita mengatakan kita adalah negara islam, maka corak dan acuan pemerintahan kita seharusnya kini berlandaskan islam...


Oleh itu pembaca yang dirahmati Allah, kita tidak boleh meletakkan beban ke atas masyarakat terdahulu yang berhempas pulas menuntut kemerdekaan, seharusnya beban itu diletakkan ke atas generasi kita... Generasi kita berbeza dengan generasi di awal kemerdekaan... Ilmu dan agama sudah berkembang pesat dalam generasi kita berbanding generasi terdahulu... Maka, generasi yang seharusnya memperbaiki sistem yang ada adalah generasi kini... 


Maka, atas segala pertimbangan dan pendapat yang saya utarakan,  perjuangan masyarakat melayu yang bekerjasama dengan tentera british, sama ada untuk menentang jepun atau komunis adalah pejuang tanah air... Kerana mereka berjuang bukan atas dasar menyokong dan mendokongi british, tetapi untuk menjaga keamanan bangsa dari kekejaman jepun dan komunis... Mungkin kita boleh mempertikaikan ada cara yang lain boleh digunakan, namun kita tidak boleh salahkan mereka, atas alasan keandusan ilmu dan kejahilan dalam agama pada diri mereka pada ketika itu...Ilmu dan agama juga tidak berkembang pesat pada zaman tersebut di dalam negara kita... Seharusnya generasi kini sepatutnya disalahkan, kerana tiada lagi alasan ketandusan ilmu dan kejahilan agama, padahal ilmu dan agama sudah berkembang pesat berbanding generasi dahulu di dalam negara kita...


wallahualam

4 comments:

Unknown 1 September 2011 at 04:35  

saya suka baca post ni!
Terima kasih :)
Lain kali bila share di facebook tu, tag lah saya sekali (@Justyn Izaad)

Anonymous,  1 September 2011 at 05:32  

Askm,

Semoga semuanya dibawah rahmat Allah.
Satu artikel yg menarik, cuma menarik juga sy komen di sini kerana saya merasakan ulasan penulis tidak secara menyeluruh dan separuh masak.

Sebelum kita menghukum sesrog itu komunis kita perlu mengetahui siapa itu Komunis,adakah komunis itu PKM,PKMM,angkatan MPAJA? dan perlu dibezakan perjuangan sebelum merdeka dan pasca merdeka.

Sejarah telah membentangkan bahawa yang berperang dengan Jepun itu adalah Komunis,Orang melayu dan beberapa serpihan kecil kumpulan cina serta askar upahan British.

Setelah Jepun mengundur diri,serpihan kumpulan MPAJA membuat gila beberapa hari SEBELUM British kembali ke tanah melayu.

Sejarah sblm merdeka saya kira sgt rumit terpecah seperti pecahan cermin,sesetengah pihak gemar melihat pecahan2 tertentu.

Kesimpulannnya perjuangan sblm dan pasca kemerdekaan harus ditafsirkan dengan makna yang berbeza.Jika tidak kita berlaku zalim, setidak2nya kepada saudara seislam kita.

依之汉 1 September 2011 at 17:00  

Saya tertarik membaca penulisan ini. Kenapa orang terdahulu masih menggunakan British sebagai model dalam mentadbir negara? Kerana mereka sendiri tidak pasti bagaimana cara mentadbir negara kerana memang sedikit ketika itu pemimpin yang pandai dalam pengurusan pentadbiran. Amat lah kurang pemimpin yang berpendidikan tinggi. Kenapa? Kerana rakyat ketika itu tidak ramai yang belajar sampai ke peringkat tinggi. (Mohamad Mahathir, 2011)

Perlu juga diketahui bilakah mula meningkatnya kesedaran pengetahuan Islam dalam Malaysia? Setelah berlakunya peristiwa 13 Mei. Jemaah mula ramai pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat. Mula sedar bahawa pendidikan Islam wajib ada dalam silibus sekolah. (Mohamad Mahathir, 2011)

Jadi kenapa ada yang masih menyalahkan pemimpin dahulu? Bagi saya kerana yang menyalahkan pemimpin dahulu masih jahil dalam bab sejarah. Terlalu leka dalam hal politik. Ataupun mereka sememangnya pandai dalam hal sejarah tetapi sengaja ingin mendapatkan publisiti murahan.

Bagi kita yang mengetahui, janganlah jadi seperti mereka itu. Memanipulasikan fakta hanya demi kepentingan diri. Gunakan ilmu yang ada ke arah kebaikan.

Anonymous,  2 September 2011 at 20:58  

"Kenapa orang terdahulu masih menggunakan British sebagai model dalam mentadbir negara? Kerana mereka sendiri tidak pasti bagaimana cara mentadbir negara kerana memang sedikit ketika itu pemimpin yang pandai dalam pengurusan pentadbiran".

Sejarah di zaman sblm merdeka hatta awal pasca merdeka adalah peperangan 2 ideologi secara asasnya(blok Timur dan Barat).Bohonglah jika dikatakan bahawa zaman itu tiada yg mengerti erti pentadbiran negara.

"Perlu juga diketahui bilakah mula meningkatnya kesedaran pengetahuan Islam dalam Malaysia? Setelah berlakunya peristiwa 13 Mei. Jemaah mula ramai pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat. Mula sedar bahawa pendidikan Islam wajib ada dalam silibus sekolah".
Kesedaran Islam telah lama ada,Samsiah fakeh,Mat Indera,Dr Burhanuddin,hatta di dalam UMNO pun ada kumpulan Ulama' di masa itu.Cumanya gerakan Islam masih belum wujud di Tanah melayu, yg ada yg ideologi Blok Timur & Barat.Jadi sesetengah org memilih Blok Timur,sesetengah Memilih Blok Barat/ Pro Britih,US atau Pro Sosialis/Komunis.

Pada saya sblm Merdeka semuanya pejuang kemerdekaan.Sanggupkah kita menganggap Dr.Burhanuddin,Ahmad boestamam,Mat Indera sbg pengkhianat negara?Mereka mungkin dianggap sbg penghianat kerana sejarah telah menulis bhw mereka pernah di tahan di bawah ISA,malah pertubuhan mereka diharamkan.Tetapi untuk yg mengenali fikrah Islam,sanggupkah kita berlaku zalim terhadap sesetengah pihak?

Dalam Islam jelas,hukuman harus dijatuhkan pada perkara yg jelas dan zahir dan tidak samar-samar.Jika menganggap PKMM,PKM(sblm merdeka),MPAJA itu zalim datangkan bukti kezaliman mereka.

Atau selama ini kita membaca sejarah dgn cara yg salah?

Post a Comment

  © Blogger template The Business Templates by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP